Taqwa bukan Hanya Pada Gaya
Taqwa bukan hanya pada trampil muslim...
Taqwa bukan pada panjangnya janggut atau pada labuhnya niqab...
Taqwa bukan penampilan
TETAPI.....
▪Taqwa ialah bila kita terlepas satu solat, kita rasa tak keruan seharian...
▪Taqwa ialah bila kita berkata dusta, naluri kita rasa teruk....
▪Taqwa ialah rasa bersalah yang melanda, bila kita menyakiti seseorang dalam sedar atau tanpa sedar....
▪Taqwa ialah rasa malu dan kesal yang mengiringi dosa yang kita lakukan, sedang kita mengetahui betapa buruk ia di sisi Allah....
▪Taqwa ialah bilamana kita tak dapat tidur semalaman kerana telah engkar atau berlaku kurang sopan dengan ibu atau bapa....
▪Taqwa ialah mengalir airmata di keheningan malam kerana takut kepada Yang di atas Arasy...
▪Taqwa ialah kebimbangan yang menghalang kita dari melakukan maksiat, walau kita bersendiri dan tiada siapa melihat....
▪Taqwa ialah naluri dan keinginan untuk mencapai redha dan rahmat Allah, walau seisi dunia tampak gigih mendurhakai-Nya....
▪Taqwa ialah menyimpan janggut dan menutup aurat dengan niat mentaati Rabb kita dan mengikuti sunnah....
▪Taqwa ialah kekal gembira dan tersenyum walau menyedari dunia ini penjara bagi orang mukmin....
▪Taqwa ialah perawakan dan akhlak mulia yang menyerlah hasil dari mencintai dan takut pada Allah....
▪Taqwa ialah mujahadah untuk memperbaiki diri kita sesuai dengan tuntutan Islam, dengan setiap hari yang berlalu.....
▪Taqwa bukan sahaja peningkatan dalam agama kita, tetapi juga jatuh tapi berupaya bangun semula dan tidak putus asa....
*Taqwa ialah APA YANG ADA DI DALAM HATI* ♥
Dan sekiranya hati dipenuhi dengan taqwa, maka perlakuan yang sewajarnya akan hadir....
Dan kemanisan perlakuan ini pasti lebih baik...
Alhamdulillah...💝
♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥
Nukilan Puan Rahana Rahim
Comments
Post a Comment