Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Kenal (Bhg. 1)

Kau kenal tak Pak Mat yang kat kampung seberang tu? . Siapa Pak Mat? . Ala… Pak Mat yang suka bela kucing dan suka bersedekah pada orang-orang kampung tu? . Ooo… Pak Mat yang penyayang pada binatang dan pemurah tu ye.   Semua orang kenal. . . . Nah, kadang-kadang untuk mengenali sesaorang adalah dengan sifatnya.   Tapi bagaimana pula untuk mengenal Allah? . . Topik yang dengarnya amat mudah tapi menerangkannya agak berat.   Tapi sebagai seorang manusia yang biasa-biasa indikator untuk kita mengenal Allah adalah melalui sifatnya di dalam Al Quran.   Kenapa Al Quran?   Kerana mempercayai al Quran adalah satu rukun iman iaitu percaya kepada kitab. . . " Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah d...

Maafkanlah

Kesalahan bukan untuk dilupakan tetapi untuk dimaafkan. . . .Maaf sebuah kata sederhana namun sukar untuk diberikan Jangan untuk diberikan, diucapkan pun amat sukar rasanya. . . . Bagaimana untuk aku memaafkan dengan apa yang dia telah lakukan padaku. . . . Bagaimana mungkin aku memaafkan, ketika bekas lukanya masih terasa sampai sekarang. . . . Bagamana mungkin aku memaafkan orang yang sama membuat kesalahan yang sama. Sampai bila hendak dimaafkan? . . . Memang tidak mudah untuk memaafkan, apal agi kesalahan yang dilakukan sungguh menyakitkan. . . . Memang sedih rasanya apa lagi jika disakiti oleh orang yang kita cintai dikhianati oleh orang yang kita percayai. . . . Kadang terfikir, senang sahaja untuk dimaafkan sedangkan orang yang bersalah tidak mahu meminta maaf. . . . Jika kita berfokus begitu bererti kita fokos pada hal yang salah. . . . Maaf itu sebenarnya bukan untuk mereka tapi untuk kita. . . . Memberikan kemaafan bukan kerana mereka layak mendapatkannya tapi kerana k...

Jurnal Syukur. 4

💖  Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas ujian yang telah engkau berikan padaku. Aku tahu ya Allah ujian ini adalah tanda kasih sayang-Mu. Al-'Ankabut 29:2 أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 💖 Terima kasih ya Allah kerana memberi aku kekuatan untuk bersabar atas ujian-Mu Aal-e-Imran 3:200 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱصْبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapa...

Jurnal Syukur. 3

Allhamdulillah terima kasih ya Allah kerana mengejutkan aku untuk bangun mengerjakan qiam. Tapi aku memohon ampun atas kelemahan diriku kerana tidak mampu untuk mendirikan solat malam. Alhamdulillah terima kasih ya Allah walaupun aku tidak mendirikan solat malam, Engkau telah memberi tanda-tanda disekeliling ku tentang keindahan untuk solat malam. Alhamduillah terima kasih ya Allah kerana memberi aku kekuatan untuk aku mendirikan solat malam kerana tiada daya aku melakukannya melainkan pertolongan dan kasih sayang Mu. Terima kasih ya Allah kerana tidak melepaskan tali-Mu daripada ku. Terima kasih Allah atas segalanya. Al-Muzzammil 73:1 يَٰٓأَيُّهَا ٱلْمُزَّمِّلُ Wahai orang yang berselimut!. Al-Muzzammil 73:2 قُمِ ٱلَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Al-Muzzammil 73:3 نِّصْفَهُۥٓ أَوِ ٱنقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا Iaitu separuh dari waktu mala...

Jurnal bersama al Quran

Lebih kurang 6 tahun yang lepas saya ada menyertai bengkel The Amazing Power of Goal Praying.  Dalam bengkel, kami digalakkan untuk menulis Jurnal Syukur, Jurnal Refleksi dan Jurnal Goal Praying . Jurnal Syukur ramai yang dah tahu. Kita tulis apa yang kita syukuri. Jurnal Refleksi pula adalah cetusan perasaan, emosi kita. Jurnal Goal Praying pula adalah doa apa yang kita inginkan berserta pelan tidakan. Alhamdulillah memang ada perubahan diri terutama menangani emosi dan perasaan secara positif. Proses menulis jurnal juga sudah ada peningkatan. Menggunakan al Quran sebagai solusi masalah dan juga panduan. Amat berbeza sekali bila menulis jurnal dengan bantuan al Quran. Memang benar al Quran ini adalah peringatan. Bila sesuatu yang negatif muncul, ayat al Quranlah yang pertama kita akan ingat.

Pedofilia

FB : 12 November Jika sesuatu isu hangat berlaku di Malaysia, mulalah banyak yang ditularkan. Baru-baru ini kisah pedofilia. Pelakuannya menyebabkan bayi berumur 11 bulan meninggal dunia. Berbagai hukuman kita lemparkan keatas pemangsa. Tapi isu ini akan berlalu sekejap sahaja. Kemudian senyap. Itulah trend orang Malaysia. Solusinya tiada. Kenapa sesaorang itu menjadi pedofilia. Adakah kita sebagai masyarkat juga telah menjentik nafsu mereka? Pedofilia didefinisikan sebagai gangguan kejiwaan pada orang dewasa atau remaja yang telah mulai dewasa. Biasanya mengalami suatu kepentingan seksual primer atau eksklusif pada anak kecil (12 tahun kebawah). Bagaimana mereka menjadi pedofilia. Satu coretan yang panjang jika nak dituliskan dalam laman FB ini. Cuma saya hanya ingin membicarakan tentang kita sebagai masyarakat telah menjentik nafsu mereka. Bagaimana pula tu? Secara tidak sengaja kita telah menyebarkan pronografi anak kecil. Gambar anak-anak kita ya...

Jurnal Syukur. 2

بسم الله الرحمن الرحيم Terima kasih ya Allah kerana masih memberi aku nyawa untuk aku memohon ampun atas kesalahan dan kelalaian ku sebagai hamba-Mu. Terima kasih ya Allah atas keizin-Mu memanjangkan umur kedua ibu bapaku untuk aku menumpang kasih mereka. Terima kasih ya Allah kerana masih membuka hati aku untuk aku mengerjakan aman soleh. Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku atas kesilapanku agar aku dapat memperbaiki diriku untuk menjadi hamba-Mu yang lebih baik. Semoga hari ini aku akan menjadi lebih baik dari semalam. Subhanallah wa bihamdi. Al-Ahqaf 46:15 وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ إِحْسَٰنًاۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًاۖ وَحَمْلُهُۥ وَفِصَٰلُهُۥ ثَلَٰثُونَ شَهْرًاۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُۥ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓۖ إِنِّى تُبْ...

Niat

FB : 11 November 2018 Setiap amalan dimulakan dengan niat. Begitu juga niat kita untuk menulis. Apakah tujuan kita untuk menulis? Apakah panduan atau kayu ukur kita untuk menulis? Tidak ada yang panduan yang lebih baik iaitu al Quran kerana al Quran diturunkan sebagai petunjuk dan pembimbing. Tidak salah kita gunakan panduan tujuan al Quran diturunkan untuk kita menetapkan matlamat penulisan kita. Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qardawi ada membicarakan tentang maqasid penurunan al Quran. Ada 8 maqasid Nuzul al Quran yang boleh kita gunakan sebagai panduan untuk menulis. 1. Membetulkan aqidah. Sebagaimana al Quran diturunkan untuk kita menjaga dan membetulkan aqidah, sebagai penulis kita mestilah sentiasa berada di landasan akidah. 2. Memperakui kemuliaan manusia. Sentiasa menulis samada menegur dan menasihati dengan cara yang baik. 3. Pengabdian kepada Allah. Menulis dengan sifat kehambaan. 4. Pembinaan sasiah. Penulis haruslah mendorong pembinaan s...

Jurnal Syukur 1

Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih lagi mengizinkan aku terus bernyawa untuk hari ini. Terima kasih ya Allah kerana mengizinkan aku solat subuh awal waktu. Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan kesihatan tubuh badan. Terima kasih ya Allah kerana mengilhamkan aku untuk terus bersyukur kepada Mu. An-Naml 27:19 بسم الله الرحمن الرحيم رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ " Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah, terima kasih Ya  Allah kerana masih lagi mengizinkan aku terus bernyawa untuk hari ini . Terima kasih ya Allah kerana mengizinkan aku solat subuh awal waktu. Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan kesihatan tubuh badan. Terima kasih ya Allah kerana mengilhamkan aku untuk terus bersyukur kepada Mu. An-Naml 27:19 بسم الله الرحمن الرحيم رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ " Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". Aminnn

Emosi seorang penulis

1. Wah!!! ini idea yang paling best sekali. 2. Tentu seronok menulis bab ni. 3. Ia lebih sukar dari apa yang saya sangkan. 4. Banyak kerja nak kena buat ni. 5. Sangkut!!! tak ada idea nak tulis. 6. #@%^!!!! 7. OK, walaupun susah, teruskan. 8. Dapa belajar sesuatu hari ini. 9. Hmm... 10. E eh 11. WOW 12. Saya bangga dengan buku hasil penulisan saya. Sepanjang perjalanan menghasilkan sesebuah karya, emosi penulis pasti akan turun naik ibarat menaiki roller coaster. Perubahan emosi silih berganti. Dari mula hingga akhir. Satu proses yang harus dilalui. Setiap titik perjalanan ada emosinya. Walaupun itu jalan yang kita pilih, kadang-kadang kita merasa tidak selesa. Kita perlu terus berjalan. Lalui setiap emosi dengan penuh kesedaran. Kadang-kadang dipertengahan perjalanan kita kalah. Manuskrip masuk tong sampah. Tapi tidak apa. Teruslah menulis. Jadikan kegagalan satu pelajaran. Belajar dari kesilapan, belajar dari kegagalan. ...

Doa diberikan ilmu pengetahuan

Semoga penulisan kita menjadi ilmu yang bermanafaat dan menjadi legasi ketika di dunia dan akhirat. بسم الله الرحمن الرحيم Ash-Shu'ara' 26:83 رَبِّ هَبْ لِى حُكْمًا وَأَلْحِقْنِى بِٱلصَّٰلِحِينَ "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Ash-Shu'ara' 26:84 وَٱجْعَل لِّى لِسَانَ صِدْقٍ فِى ٱلْءَاخِرِينَ "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Ash-Shu'ara' 26:85 وَٱجْعَلْنِى مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ ٱلنَّعِيمِ "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; Aminnn # iamyourghostwriter # Ghostwriter # kamighostwriter # surimenulis # doadarialquran

Perancangan

Perlu ke buat perancangan. Daily lah, monthly lah bagai. Selama ni saya tak buat perancangan OK je. Ok lah tu kalau tak nak buat perancangan. Tapi pengakuan hamba Allah yang selalu kita doa dalam al Fatiha, seharusnya memang wajib kita ikut apa yang Allah suruh terutama dalam bab perancangan. Al-Hashr 59:18 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Mungkin kita tidak nampak apa kebaikannya merancang tapi mesti ada sebab kenapa Allah suruh kita membuat perancangan. Walaupun kita tidak tahu apa kebaikannya, me...

Sivik

Salah satu kesedaran sivik yang kurang pada masyarakat Malaysia tetapi berleluasa ialah membuang slip bank sesuka hati. Bakul sampah telah disediakan tapi masih lagi tidak diguna. Nak rasanya buat certot bertajuk Nasib Si Bakul Sampah. Untuk slip bank saya selalu tekan 'No' jika ditanya adakah saya perlukan slip sebab memang tak suka simpan kecuali untuk bukti pembayaran. Kalau nak tau baki tekan je semula untuk lihat baki. Sebelum slip bank dicetak, mesin ATM akan mengiklankan 'Save the tree' di skrin mesin dan bertanya jika kita mahu cetak slip atau tidak. Dan kita tekan apa? Selalu kita tanya apa kerajaan dah buat untuk kita. Tapi kita tidak pernah mempersoalkan apa yang kita buat untuk bumi yang kita tumpang. Mungkin kita rasa kesalahan yang kita buat ni kecil, sekadar slip je. Kita lupa kalau dah 20 juta orang yang buang slip agak agak sikit ke banyak.  Berapa banyak pokok yang terkorban kerana kesalahan kecil kita ini. Kemudian bila berla...

Hadiah

November 5 Pon pon. Dengar bunyi hon kereta. Keluar. Ohhh. Van pos laju. Puan Suzanariah ke? Ya. Tanda tangan borang dan terima bungkusan. Setahu mak cik, tak ada beli barang online. Tengok nama pengirim. Laaaa. Kiriman adinda  Noraini Ismail  dari Kelantan. Mak cik dah tau apa dalam bungkusan tu. Buka bungkusan, tak sabar nak lihat hadiah special ni. Wahhhh. Bila pegang tasbih ni macam ada rasa sesuatu. Terasa seperti denyutan kecil elektrik di tangan.  😱 😱 😱 ⚡ ⚡ . Tasbih dari biji asam jawa ni memang unik. Cantik. Terima kasih adinda Noraini Ismail untuk hadiah ni. Love you till jannah.