Allhamdulillah terima kasih ya Allah kerana mengejutkan aku untuk bangun mengerjakan qiam. Tapi aku memohon ampun atas kelemahan diriku kerana tidak mampu untuk mendirikan solat malam.
Alhamdulillah terima kasih ya Allah walaupun aku tidak mendirikan solat malam, Engkau telah memberi tanda-tanda disekeliling ku tentang keindahan untuk solat malam.
Alhamduillah terima kasih ya Allah kerana memberi aku kekuatan untuk aku mendirikan solat malam kerana tiada daya aku melakukannya melainkan pertolongan dan kasih sayang Mu.
Terima kasih ya Allah kerana tidak melepaskan tali-Mu daripada ku.
Terima kasih Allah atas segalanya.
Al-Muzzammil 73:1
يَٰٓأَيُّهَا ٱلْمُزَّمِّلُ
Wahai orang yang berselimut!.
Al-Muzzammil 73:2
قُمِ ٱلَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
Al-Muzzammil 73:3
نِّصْفَهُۥٓ أَوِ ٱنقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
Al-Muzzammil 73:4
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ ٱلْقُرْءَانَ تَرْتِيلًا
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
Al-Muzzammil 73:5
إِنَّا سَنُلْقِى عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
Al-Muzzammil 73:6
إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيْلِ هِىَ أَشَدُّ وَطْـًٔا وَأَقْوَمُ قِيلًا
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
😢Adakah kita mahu terus menjadi hamba yang tidak bersedia.

Comments
Post a Comment