Skip to main content

Pedofilia

FB : 12 November

Jika sesuatu isu hangat berlaku di Malaysia, mulalah banyak yang ditularkan. Baru-baru ini kisah pedofilia. Pelakuannya menyebabkan bayi berumur 11 bulan meninggal dunia. Berbagai hukuman kita lemparkan keatas pemangsa.


Tapi isu ini akan berlalu sekejap sahaja. Kemudian senyap. Itulah trend orang Malaysia. Solusinya tiada.


Kenapa sesaorang itu menjadi pedofilia. Adakah kita sebagai masyarkat juga telah menjentik nafsu mereka?

Pedofilia didefinisikan sebagai gangguan kejiwaan pada orang dewasa atau remaja yang telah mulai dewasa. Biasanya mengalami suatu kepentingan seksual primer atau eksklusif pada anak kecil (12 tahun kebawah).

Bagaimana mereka menjadi pedofilia. Satu coretan yang panjang jika nak dituliskan dalam laman FB ini.

Cuma saya hanya ingin membicarakan tentang kita sebagai masyarakat telah menjentik nafsu mereka.
Bagaimana pula tu?

Secara tidak sengaja kita telah menyebarkan pronografi anak kecil. Gambar anak-anak kita yang kecil tapi masih berpakaian seksi. Dan kadang-kadang bayi-bayi kecil tidak berbaju hanya memakai pampers.

Mungkin pada kita biasa tapi tidak pada seorang pedofilia.

Pernah tak kita melihat seorang bayi kecil kita akan kata, "Eee... comelnya budak ni, geram aku tengok. Rasa nak gigit-gigit." Pada kita tidak ada rasa apa-apa. Tapi pada seorang pedifolia, perasaan geram itu akan menuju kepada keinginan seksual.

Lebih-lebih lagi sekarang ni, mudah sahaja gambar ditularkan. Ambillah langkah berhati-hati apabila anda meletakkan gambar ana-anak anda di media sosial.

Pelihara dan jagalah aurat mereka walaupun mereka masih kecil. Menjaga kehormatan mereka adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa.

Comments