Skip to main content

Qalam


Al-Qalam 68:1

نٓۚ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -



Indahnya, Allah sendiri menjadikan penulisan sebagai satu medium penjagaan/penyebaran kalam-Nya.

Maha besar Allah, apabila Tuhan semesta alam ini juga berbicara berkenaan Qalam atau pena, yang membawa signifikan kepada medium penulisan.

Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu, maka sesuatu itu pasti membawa makna yang tidak kecil dalan kedai hidupan insan. Ia sebagaimana Allah bersumpah dengan matahari, masa, waktu dhuha dan sebagainya.

Allah juga bersumpah dengan pena, yang telah menjadi medium penulisan berkurun lamanya.

Jelas bahawa penulisan, bukan sebuah medium yang boleh dipandang ringan.

Padanya ada kekuatan tersendiri.

~ Hilal Asyraf - Catatan fikir dua penulis.

Comments