Alhamdulillah semakin ramai yang sedar tentang sunnah Rasulullah Sallallahi 'alaihi wassalam untuk membaca surah Al Kahfi setiap jumaat. Oleh kerana surah ini agak panjang iaitu 110 ayat, ramai rakan rakan yang berkongsi bagaimana untuk membaca selepas solat lima waktu.
Sebagai contoh bermula pada malam jumaat selepas solat maghrib baca 22 ayat. Selepas isyak 22 ayat. Pada hari jumaat selepas solat subuh sambung lagi 22 ayat, zohor 22 ayat dan asar 22 ayat. Nah cukup 110 ayat.
Kenapa membaca surah al Kahfi ?
Supaya kita terjaga daripada fitnah Dajjal.
Bagaimana pula dengan membaca al Kahfi boleh menjaga kita dari fitnah Dajjal?
Sudah tentulah peringatan yang terdapat di dalam surah ini. Sebab itu saya menganjurkan teman teman untuk memahami apa yang dibaca, bukan sekadar hanya membacanya sahaja kerana al Quran bukan diturunkan hanya untuk dibaca, bukan hanya untuk dihafal tapi haruslah difahami untuk peringatan.
Sad 38:1
صٓۚ وَٱلْقُرْءَانِ ذِى ٱلذِّكْرِ
Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
Ambillah masa untuk memahami apa peringatan yang ada di dalam surah al Kahfi.
Seperti mana kita membahagi-bahagikan beberapa ayat untuk dibaca, kita juga bahagi bahagikan ayat untuk kita fahami.
1⃣ Ayat 1 - 8 : Khutbah Allah peringatan tentang al Quran. (8 ayat)
2⃣Ayat 9 - 26 : Kisah pemuda al Kahfi. (18 ayat)
(Ayat 1 - 26 dibaca bersama terjemahannya selepas solat maghrib)
3⃣ Ayat 27 - 31 : Khutbah Allah tentang kesabaran. (5 ayat)
4⃣ Ayat 32 - 44 : Kisah dua orang lelaki dengan kebun mereka. (13 ayat)
(Ayat 27 - 44 dibaca bersama terjemahannya selepas solat isyak)
5⃣ Ayat 44 - 59 : Khutbah Allah tentang harta abadi dan harta sementara serta hukuman orang yang zalim dan baik dunia dan akhirat. (16 ayat)
(Ayat 44 - 59 dibaca bersama terjemahannya sebelum solat subuh)
6⃣ Ayat 60 - 82 : Kisah Musa dan Khidir (23 ayat)
7⃣ Ayat 81 - 98 : Kisah Dzulkarnain (17 ayat)
(Ayat 60 - 98 dibaca selepas solat Zohor)
8⃣Ayat 99 - 110 : Khutbah tentang orang-orang yang ingkar, kisah orang-orang yang menyangkakan amalan baiknya itu sudah betul, dan kisah orang orang yang beriman. (11 ayat)
(Ayat 99 - 110 dibaca sebelum solat asar)
Alhamdulillah InshaAllah kita dapat memahami surah al Kahfi yang kita baca.
Semoga ia menjadi peringatan bagi kita untuk melindungi diri kita dari fitnah Dajjal.

Comments
Post a Comment