Skip to main content

Perancangan


Perlu ke buat perancangan. Daily lah, monthly lah bagai. Selama ni saya tak buat perancangan OK je.

Ok lah tu kalau tak nak buat perancangan. Tapi pengakuan hamba Allah yang selalu kita doa dalam al Fatiha, seharusnya memang wajib kita ikut apa yang Allah suruh terutama dalam bab perancangan.

Al-Hashr 59:18

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Mungkin kita tidak nampak apa kebaikannya merancang tapi mesti ada sebab kenapa Allah suruh kita membuat perancangan. Walaupun kita tidak tahu apa kebaikannya, mengikut perintah Allah dengan melakukan apa yang disuruh adalah ciri-ciri hamba yang bertakwa.

Kesimpulannya, harus kita melihat dan memerhatikan apa yang perlu kita lakukan esok.

Jadi, buatlah perancangan dengan bijak. Nak lagi mudah untuk membuat perancangan, boleh dapatkan Planner Muslimah Produktif.


Ada Jurnal Syukur, Mutabaah Amal, Muhasabah Diri. Untuk Pre Order akan dapat
1. Ebook
2. Kad Notis (800 terawal sahaja)
3. Buku nota poket
4. Kupon diskaun
5. Sicker

Comments