Mak cik tak minat menulis. Ha.... Tak minat menulis? Kenapa nak jadi ghostwriter? He he mak cik memang tak minat menulis. Mak cik suka berangan. Kalau tengok movie lepas tu mak cik akan berangan kalau movie to jalan ceritanya macam ni, macam tu. Tapi berangan je lah kan. Lepas tingkatan 6 habis STPM mak cik kerja Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebut je Dewan Bahasa mesti orang terfikir tentang buku. Mak cik suka baca buku. Kalau baca buku tu dalam kepala ni mesti membanyangkan cerita dalam buku. Macam tengok wayang. Tapi masa di DBP, Unit mak cik bekerja ialah Unit Hal Ehwal Antara Bangsa. Sebab Bahasa Inggeris mak cik OK kot sebab tu dapat masuk unit tu. Satu hari ada iklan di surat khabar Syarikat Sunny Filem Corporation mencari skrip baru untuk drama mereka. Yang tak pandai menulis skrip hantar je sinopsis. Oleh sebab suka baca buku cerita, kepala mak cik ni suka berangan, mak cik cuba la hantar sinopsis. Masa tu cerita-cerita sains ...