Apakah kebenaran yang mengatakan bahawa aku ini orang islam dan aku gerenti akan masuk syurga selepas segala balasan dosaku selesai dalam neraka. Ohhh. Celup celup gitu ye. Lepas masuk neraka habis balasan, masuk syurga. Kebenaran apa yang aku pakai ni. Sedangkan timbangan ada satu. Yang mana berat. Dosa atau pahala. Yes or No. Kalau dosa berat aku memang terus masuk neraka. Kalau pahala berat aku masuk syurga. Lagi pun dalam al Quran tak ada pun kata masuk neraka dulu dah habis dosa masuk syurga pulak. Dah macam perangai yahudi pula aku ni rasa masuk neraka sekejap sahaja lepas tu masuk syurga. Aal-e-Imran 3:24 ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامًا مَّعْدُودَٰتٍۖ وَغَرَّهُمْ فِى دِينِهِم مَّا كَانُوا۟ يَفْتَرُونَ Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan d...