Skip to main content

Niat

FB : 11 November 2018


Setiap amalan dimulakan dengan niat. Begitu juga niat kita untuk menulis. Apakah tujuan kita untuk menulis? Apakah panduan atau kayu ukur kita untuk menulis?

Tidak ada yang panduan yang lebih baik iaitu al Quran kerana al Quran diturunkan sebagai petunjuk dan pembimbing.

Tidak salah kita gunakan panduan tujuan al Quran diturunkan untuk kita menetapkan matlamat penulisan kita.

Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qardawi ada membicarakan tentang maqasid penurunan al Quran. Ada 8 maqasid Nuzul al Quran yang boleh kita gunakan sebagai panduan untuk menulis.

1. Membetulkan aqidah.
Sebagaimana al Quran diturunkan untuk kita menjaga dan membetulkan aqidah, sebagai penulis kita mestilah sentiasa berada di landasan akidah.

2. Memperakui kemuliaan manusia.
Sentiasa menulis samada menegur dan menasihati dengan cara yang baik.

3. Pengabdian kepada Allah.
Menulis dengan sifat kehambaan.

4. Pembinaan sasiah.
Penulis haruslah mendorong pembinaan sasiah dan akhlak yang baik.

5. Pembentukan keluarga
Institusi kekeluargaan adalah penting dalam sebuah sosio ekonomi. Penulis memainkan peranan memdorong kepada keluarga mawaddah.

6. Pembersihan jiwa.
Penulisan bersifat nasihat dan muhasabah diri.

7. Dakwah
Penulisan berbentuk dakwah adalah satu keperluan.

8. Toleransi kepada bukan muslim
Memberi kefahaman kepada yang bukan islam tentang islam yang adil.
~ Ringkasan dari buku Catatan fikir dua penulis.



Comments