Dahlah tua, nyanyuk pulak tu. Langsung tak boleh buat apa-aoa. Tak tau kenapa Allah masih panjangkan umur dia.
Astagfirullahalazim memang dia dah tua, memang dia dah nyanyuk, memang dia dah tak boleh buat apa-apa. Tapi Allah beri dia umur yang panjang bukan untuk dia. Tapi untuk kita.
Untuk kita? Untuk menyusahkan kita?
Untuk kita menjadi hamba yang bertaqwa. Redha atas pemberiannya. Redha bahawa kita ni hamba yang harus patuh kepada segala perancangannya. Mengikut suruhanNya.
Dalam al Quran Allah berkata :
Al-'Ankabut 29:8
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حُسْنًاۖ وَإِن جَٰهَدَاكَ لِتُشْرِكَ بِى مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَآۚ إِلَىَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
Al-'Ankabut 29:9
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَنُدْخِلَنَّهُمْ فِى ٱلصَّٰلِحِينَ
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
Tidakkah kita mahu menjadi hamba-Nya yang soleh?
Comments
Post a Comment