Salah satu kesedaran sivik yang kurang pada masyarakat Malaysia tetapi berleluasa ialah membuang slip bank sesuka hati. Bakul sampah telah disediakan tapi masih lagi tidak diguna. Nak rasanya buat certot bertajuk Nasib Si Bakul Sampah.
Untuk slip bank saya selalu tekan 'No' jika ditanya adakah saya perlukan slip sebab memang tak suka simpan kecuali untuk bukti pembayaran. Kalau nak tau baki tekan je semula untuk lihat baki.
Sebelum slip bank dicetak, mesin ATM akan mengiklankan 'Save the tree' di skrin mesin dan bertanya jika kita mahu cetak slip atau tidak. Dan kita tekan apa?
Selalu kita tanya apa kerajaan dah buat untuk kita. Tapi kita tidak pernah mempersoalkan apa yang kita buat untuk bumi yang kita tumpang. Mungkin kita rasa kesalahan yang kita buat ni kecil, sekadar slip je. Kita lupa kalau dah 20 juta orang yang buang slip agak agak sikit ke banyak.
Berapa banyak pokok yang terkorban kerana kesalahan kecil kita ini. Kemudian bila berlaku tanah runtuh kita salahkan pembalakan yang berleluasa tanpa kita sedari kita juga penyumbang kecil dalam masalah ini.
فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَاءُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا
Maka bagaimanakah halnya apabila mereka (orang-orang munafik) ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna".
Itu satu masalah. Lagi satu masalah bila kita cerita tentang kesedaran sivik pada budak budak sekarang, mereka akan tanya kita balik. Sivik tu apa? Mak cik hanya jawab OMG.

Comments
Post a Comment