Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Oppa

Gadis-gadis dan juga wanita-wanita yang peminat tegarnya pelakon dan penyanyi Korea bila berkumpul pasti berceritalah mereka tentang 'Oppa' mereka. Yang gantang, yang comel, yang macho dan semua ciri-ciri dambaan wanita itu ada pada 'Oppa'. Perasaan teruja gembira dan asyik bercerita tentang 'Oppa' menyelubungi jiwa dan hati mereka. Ironinya situasi ini berlaku sepanjang zaman. Sejak dari zaman Nabi Yusof lagi. Bagaimana wanita-wanita berkumpul membicarakan tentang 'Oppa' mereka. Yusuf 12:31 فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَـًٔا وَءَاتَتْ كُلَّ وَٰحِدَةٍ مِّنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ ٱخْرُجْ عَلَيْهِنَّۖ فَلَمَّا رَأَيْنَهُۥٓ أَكْبَرْنَهُۥ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَٰشَ لِلَّهِ مَا هَٰذَا بَشَرًا إِنْ هَٰذَآ إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - t...

TERLENA

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena Belum sempat berdzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi. Niat pukul 9.00 pagi hendak Sholat Dhuha, tiba-tiba adzan Dhuhur sudah terdengar.. Teringin setiap pagi membaca 1 juz Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan. Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan Tahajjud dan Witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan._ Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia? Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan “Tok Wan, Atok…Nek” menandakan kita sudah tua. Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat…. Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infaq cuma sekedarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, ...

Terima Kasih Mak

Sebentar tadi suapkan mak. Air mata saya meleleh memandangnya. Tarikh hari ini dan waktu inilah saya keluar dari rahimnya. Pengorbanan mak mengandungkan dan melahirkan saya memang tidak dapat dilunasi hutangnya. Sekarang walaupun mak tidak berdaya, tidak boleh bercakap, tidak boleh berjalan namun mengorbankan dirinya semata-mata untuk saya menuai pahala. Tapi saya gagal untuk menuai dengan sebaik-baiknya ladang pahala ini. Maafkan saya kerana tidak dapat menjagamu dengan baik. Saya kucup dahinya berkali-kali. Adakah saya akan dapat menguncup dahinya lagi pada hari lahir saya yang akan datang? https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2845583042133305&id=100000449102946&sfnsn=mo

Refleksi Celup-celup

Apakah kebenaran yang mengatakan bahawa aku ini orang islam dan aku gerenti akan masuk syurga selepas segala balasan dosaku selesai dalam neraka. Ohhh. Celup celup gitu ye. Lepas masuk neraka habis balasan, masuk syurga. Kebenaran apa yang aku pakai ni. Sedangkan timbangan ada satu. Yang mana berat. Dosa atau pahala. Yes or No. Kalau dosa berat aku memang terus masuk neraka. Kalau pahala berat aku masuk syurga. Lagi pun dalam al Quran tak ada pun kata masuk neraka dulu dah habis dosa masuk syurga pulak. Dah macam perangai yahudi pula aku ni rasa masuk neraka sekejap sahaja lepas tu masuk syurga. Aal-e-Imran 3:24 ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامًا مَّعْدُودَٰتٍۖ وَغَرَّهُمْ فِى دِينِهِم مَّا كَانُوا۟ يَفْتَرُونَ Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan d...

Hidayah

Mencari hidayah menuju ketakwaan  📌Al-Baqarah 2:2 ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ  Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Untuk jadi orang yang bertakwa perlulah kita jadikan al Quran sebagai petunjuk.  Adakah perintah Allah tentang kewajipan al Quran sebagai petunjuk? Al-Baqarah 2:185 شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ  (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bag...

Ciri Orang Yang Bersyukur

Ayat tentang ciri orang yang bersyukur. Ciri orang yang bersyukur ialah mereka yang bertaqwa Aal-e-Imran 3:123 وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ  Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). Jadi untuk menjadi hamba yang bersyukur kita perlu bertaqwa.  Apakah ciri ciri hamba yang bertaqwa?  Jawapannya ada dalam Surah Al Baqarah ayat 2 - 4 Al-Baqarah 2:2 ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ  Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Al-Baqarah 2:3 ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَ...

Taddabur

Tadabbur al Quran adalah arahan dari Allah Subhanawataala. Firmannya yang bermaksud Muhammad 47:24 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Maksud tadabbur adalah kita menghayati dan merenung sehingga meresap makna ayat al Quran  didalam hati. Tadabbur berbeza dengab tafsir.  Tafsir perlu berguru lebih lebih lebih lagi sesuatu perkara tentang hukum. Tadabbur tidak melibatkan hukum.