Sebentar tadi suapkan mak. Air mata saya meleleh memandangnya. Tarikh hari ini dan waktu inilah saya keluar dari rahimnya. Pengorbanan mak mengandungkan dan melahirkan saya memang tidak dapat dilunasi hutangnya. Sekarang walaupun mak tidak berdaya, tidak boleh bercakap, tidak boleh berjalan namun mengorbankan dirinya semata-mata untuk saya menuai pahala. Tapi saya gagal untuk menuai dengan sebaik-baiknya ladang pahala ini. Maafkan saya kerana tidak dapat menjagamu dengan baik. Saya kucup dahinya berkali-kali. Adakah saya akan dapat menguncup dahinya lagi pada hari lahir saya yang akan datang? https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2845583042133305&id=100000449102946&sfnsn=mo