Skip to main content

Refleksi Celup-celup


Apakah kebenaran yang mengatakan bahawa aku ini orang islam dan aku gerenti akan masuk syurga selepas segala balasan dosaku selesai dalam neraka.

Ohhh. Celup celup gitu ye. Lepas masuk neraka habis balasan, masuk syurga. Kebenaran apa yang aku pakai ni. Sedangkan timbangan ada satu. Yang mana berat. Dosa atau pahala. Yes or No. Kalau dosa berat aku memang terus masuk neraka. Kalau pahala berat aku masuk syurga.

Lagi pun dalam al Quran tak ada pun kata masuk neraka dulu dah habis dosa masuk syurga pulak.
Dah macam perangai yahudi pula aku ni rasa masuk neraka sekejap sahaja lepas tu masuk syurga.


Aal-e-Imran 3:24
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا۟ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامًا مَّعْدُودَٰتٍۖ وَغَرَّهُمْ فِى دِينِهِم مَّا كَانُوا۟ يَفْتَرُونَ
Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.
Astagfirullahalazim. Kebenaran apa sebenarnya yang aku sandarkan selama ni. 😭😭😭😭😭😭😭.


===========================================
.
.
Jadi macamana nak masuk syurga ni. If your fail to plan you plan to fail. Nak jadikan syurga sebagai GOAL kena buat plan juga. Nah bahagia dunia ada dream board. Tampal gambar kereta besar, rumah besar dan yang paling best tampal gambar Kaabah. Alhamdulillah.
Macam tu jugalah kalau BIG DREAM kita nak pergi ke Negeri Akhirat iaitu syurga. Bila ada DREAM tulis dalam buku itulah GOAL. GOAL mesti ada setting. Goal setting bermula dengan Begin with the end in mind.

Begin with the end in mind.

Ia bermaksud bermula dengan penghujungnya di dalam minda. Jangan fikir proses dulu. Ini akan membuatkan kita terlalu memikirkan halangan yang kita hadapai, bukan hasil yang kita akan dapat. Contoh: boleh ke, sure ke, aku ni banyak dosa. Soalan-soalan ini akan memutuskan harapan kita sedangkan Allah berfirman orang yang berputus asa adalah orang yang kufur.



Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
(Yusuf 12:87)


Jadi End in mind kita nak berada di Syurga. Jadi kita bayangkan apa yang ada di syurga. Nak bayangkan surga bersandarkan apa? Tentulah sandaranya ialah Al Quran.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Al-Baqarah 2:25)

Haaaa. Dah visual dah bagaimana tempat tinggal kita dibawahnya ada sungai. 😍😍😍😍😍

Sekarang kita dah ada BIG DREAM untuk ke negeri akhirat dan dah ada GOAL. Bila dah ada GOAL baru lah kita PLAN. How to? Bagaimana nak pergi ke negari Akhirat. Memanglah masuk syurga itu atas atas rahmat Allah. Tapi tak salah kita menjemput rahmat Allah. Kita kan selama ni dah set di minda untuk kita untuk menjemput rezeki. Apa kata kita set di minda kita satu lagi jemputan iaitu menjemput rahmat Allah.

Apa PLAN kita nak jadi orang yang BERJAYA masuk ke syurga? Surah Al Baqarah ayat 2 hingga 5 ada jawapannya.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Al-Baqarah 2:2)

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al-Baqarah 2:3)

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
(Al-Baqarah 2:4)

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
(Al-Baqarah 2:5)

4 ayat ini adalah PLAN dasarnya. Dari plan dasar baru kita pecahkan kepada plan-plan kecil untuk kita laksanakan. Nah, nak laksanakan plan-plan kecil ni pun kita kena tulis. Itulah pentingnya jika menulis jurnal. Bukan sahaja menulis refleksi dan syukur. Ia juga merupakan action plan kecil kita untuk merealisasi kan GOAL kita.Jurnal MenD.O.A.kan impian kita.

Apakah itu D.O.A?
Direction,
Obidient
Action

Direction kita kemana
Obidient kita menjalankan perintah Allah harus bersandarkan Al Quran dan hadith
Action, plan tindakan.

Alhamdulillah esok gurp coaching jurnal 21 hari batch ke 2 akan memulakan mengaplikasi D.O.A. Hari ini hari ke 6 dan sepanjang 6 hari ini mereka melatih diri untuk menulis jurnal syukur bersandarkan nama-nama Allah di dalam surah Al-Fatiha.

Bagi yang masih WA saya untuk join grup coaching batch 2 ni saya minta maaf. Dah tak boleh join. Bukan tak sudi tapi banyak ketinggalan takut tak dapat catch up.

Kalau berminat boleh join batch 3 bulan Mac nanti. Tulis je kat ruangan komen 'batch 3' nanti saya akan pm.


Apa-apa pun mulalah menulis jurnal syukur dulu bersandarkan nama-nama Allah di dalam al Quran. Nak tahu bagaimana caranya menulis jurnal syukur boleh beri email. Nanti saya emailkan.

Selamat menulis 😍😍😍😍😍
.
.
.
#coachingjurnal21hari

Comments