Ayat tentang ciri orang yang bersyukur.
Ciri orang yang bersyukur ialah mereka yang bertaqwa
Aal-e-Imran 3:123
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌۖ فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
Jadi untuk menjadi hamba yang bersyukur kita perlu bertaqwa.
Apakah ciri ciri hamba yang bertaqwa?
Jawapannya ada dalam Surah Al Baqarah ayat 2 - 4
Al-Baqarah 2:2
ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Al-Baqarah 2:3
ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Al-Baqarah 2:4
وَٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِٱلْءَاخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
📌1. Ayat 2/2 : Al Quran petunjuk orang bertaqwa. Kita wajib menjadikan al Quran sebagai petunjuk hidup kita maka kita harus memahaminya untuk dijadikan petunjuk.
📌2. Ayat 2/3 : Mempercayai perkara ghaib
📌3. Ayat 2/3 : Mendirikan solat
📌4. Ayat 2/3 : Menginfakkan rezeki yang Allah telah berikan
📌5. Ayat 2/4 : Mengikuti Rasul
📌6. Ayat 2/4 : Mempercayai hari qiamat
✏ Kosa kata kita hari ini ialah Taqwa تقو. Root word taqwa ialah وقي.
Kata الوقاية artinya adalah menjaga sesuatu dari hal hal yang dapat membahayakan dan menyakiti.
التقوى
Artinya adalah menjadikan diri terpelihara dari sesuatu yang menakutkan.

Comments
Post a Comment