Gadis-gadis dan juga wanita-wanita yang peminat tegarnya pelakon dan penyanyi Korea bila berkumpul pasti berceritalah mereka tentang 'Oppa' mereka.
Yang gantang, yang comel, yang macho dan semua ciri-ciri dambaan wanita itu ada pada 'Oppa'. Perasaan teruja gembira dan asyik bercerita tentang 'Oppa' menyelubungi jiwa dan hati mereka.
Ironinya situasi ini berlaku sepanjang zaman. Sejak dari zaman Nabi Yusof lagi. Bagaimana wanita-wanita berkumpul membicarakan tentang 'Oppa' mereka.
Yusuf 12:31
فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَـًٔا وَءَاتَتْ كُلَّ وَٰحِدَةٍ مِّنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ ٱخْرُجْ عَلَيْهِنَّۖ فَلَمَّا رَأَيْنَهُۥٓ أَكْبَرْنَهُۥ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَٰشَ لِلَّهِ مَا هَٰذَا بَشَرًا إِنْ هَٰذَآ إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ
Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"
Sudah pasti gantangnya 'Oppa' kita zaman ini tidak segantang Nabi Yusuf. Berkumpul bercerita tentang 'Oppa' juga sudah berzaman diamalkan oleh makhluk bergelar wanita. Agaknya bagaimana perasaan seorang wanita zaman ini apabila melihat Yusof?
Apakah manafaatnya? Itulah permainan dunia iaitu Lahun.
Al-Hadid 57:20
ٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌۢ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِى ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَوْلَٰدِۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ ٱلْكُفَّارَ نَبَاتُهُۥ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَىٰهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَٰمًاۖ وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضْوَٰنٌۚ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ
Comments
Post a Comment