16 Oktober 2018
Usai solat subuh, Mira membuka tingkap biliknya. Tingkap kayu rumah lama tinggalan arwah ibu bapanya masih lagi utuh. Diluar masih lagi gelap. Dari jauh kelihatan samar samar cahaya lampu dari rumah kejiranannya.
Bayu pagi menghembus lembut wajah Mira. Mira masih lagi bertelekung. Bergerak ke meja tulisnya, Mira duduk dan tangannya mencapai al Matsurat. Di bacanya perlahan lahan. Ayat-ayat Kursi di sebutnya satu persatu. Hatinya terasa sayu.
"Allah, tiada tuhan melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan, yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segalanya ada dilangit dan di bumi. Tiada siapa yang memberi syafaat di sisi Nya melainkan dengan izin Nya, yang mengetahui apa yang ada dihadapan mereka dan belakang mereka sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya kursi Allah, meliputi langit dan bumi dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. " (Ayatul. Kursi)
Di capai buku tulisannya. Dikulit buku itu tertulis 'Surat Cinta kepada Allah'. Menyelak helaian buku mencari lembaran kosong. Mira mula menulis.
.....Alhamdulillah terima kasih Allah atas nikmat yang Engkau telah berikan kepada ku. Terima kasih kerana masih memberi aku nyawa untuk aku terus mencari keredhaanMu. Terima kasih ya Allah kerana mengizinkan aku mendirikan solat kerana tidak mampu aku melakukannya tanpa kekuatan dari Mu. Ampunkan aku ya Allah, maafkan aku ya Allah jika aku lalai ketika mendirikan solat. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah ini masih lagi teringatkan dunia walapun tubuhku tunduk dan sujud kepada Mu. Ampunkanlah aku maafkan lah aku ya Allah. Tiada daya aku melakukan sesuatu pun tampa kasih sayang dan rahmat Mu ya Allah....
Begitulah rutin Mira setiap pagi. Menulis jurnal yang dinamakan Surat Cinta kepada Allah. Jurnal kesyukuran dan jurnal refleksi hati dan perasaannya. Pada Mira menulis adalah terapi bagi dirinya. Mengadu pada Allah menenangkan jiwanya.
Wahai wanita bidadari syurga, menulislah. Uruskan fikiranmu dengan menulis. Berbicara kepada Allah dengan tulisan mu. Sesungguhnya tanganmu yang menulis itu akan menjadi saksi pengaduanmu kepada Nya
Comments
Post a Comment