Mak cik tak minat menulis. Ha.... Tak minat menulis? Kenapa nak jadi ghostwriter?
He he mak cik memang tak minat menulis. Mak cik suka berangan. Kalau tengok movie lepas tu mak cik akan berangan kalau movie to jalan ceritanya macam ni, macam tu. Tapi berangan je lah kan.
Lepas tingkatan 6 habis STPM mak cik kerja Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebut je Dewan Bahasa mesti orang terfikir tentang buku. Mak cik suka baca buku. Kalau baca buku tu dalam kepala ni mesti membanyangkan cerita dalam buku. Macam tengok wayang. Tapi masa di DBP, Unit mak cik bekerja ialah Unit Hal Ehwal Antara Bangsa. Sebab Bahasa Inggeris mak cik OK kot sebab tu dapat masuk unit tu.
Satu hari ada iklan di surat khabar Syarikat Sunny Filem Corporation mencari skrip baru untuk drama mereka. Yang tak pandai menulis skrip hantar je sinopsis. Oleh sebab suka baca buku cerita, kepala mak cik ni suka berangan, mak cik cuba la hantar sinopsis. Masa tu cerita-cerita sains fiksyen memang popular, cerita Star Wars memang dah tentulah. cerita Terminator, Star Gate dan Star Trex. Mak cik pun hantarlah sinopsis. Tajuk cerita tu 0-1, atau pun O-Wan. Kisah robot manusia. Ha ha kelakar tak. Tapi mak cik hantar je.
Tapi berapa lama lepas tu dia orang call, nak jumpa mak cik. Macam tak percaya je. Jadi mak cik pergilah tempat mereka. Jumpa Mr. Sunny sekejap. Dia kata cerita mak cik bagus. Sesuatu yang baru. Ye lah time 80'an masa tu Malaysia mana ada cerita robot robot ni, sains fiksyen bagai. Kemudian mak cik borak dengan Manager syarikat. Seorang bekas Leftenan Bersara. Mak cik lupa nama dia. (cerita ni dah 25 tahun lalu). Dia bagi mak cik contoh skrip. Dia kata follow je skrip tu. Tajuk skrip yang mak cik dapat sebagai contoh ialah 'Rambo Malaya'. Dalam perancang syaikat nak nak buat filem tu. Nak tau tak siapa cadangan pelakun bagi filem tu. Arwah Mr. Os. Mereka nak buat filem aksi komedi. Sebab bajet, filem tu tak dapat di laksanakan. Dan itulah salah satu sebab mak cik tak hantar skrip pada mereka. Sebab bajet mak cik lagi tinggi kalau nak buat filem.
Lepas tu mak cik dah tak menulis lagi. Entahlah. Rasa macam tak ada makna. Tapi tahun 2013 mak cik join satu program ni. Amazing Power of Goal Praying. Salah satu aktiviti program itu ialah menulis Jurnal. Menulis juga satu terapi. Jadi mak cik mula la menulis semula. Banyak mak cik kongsikannya dalam FB. Kadang-kadang mak cik menulis di Wattpad. Tapi dalam bahasa Inggeris. Cerita fiksyen je la banyak. Sebab mak cik suka berangan kan.
Mak cik ada juga sertai Bengkel Penulisan bersam Lutfi Lokman. Sebab apa mak cik tergerak nak join sedangkan mak cik bukannya suka menulis. Sebab masa tu ibu mak cik a.k.a The Queen dimasukkan ke hospital kerana serangan angin ahmar. Sepanjang menjaga ibu banyak kerenah yang mak cik tengok bagaimana anak anak menjaga ibu bapa mereka yang sakit. Mak cik sendiri mengalami apa yang mereka rasa. Melayan kerenah orang tua. Macam-macam. Terus terang majoriti tak tahan dengan sikap orang tua mereka. Ramai juga penjaga-penjaga ataupun caretaker ni marah pada orang tua mereka. Termasuklah mak cik. Sedangkan Allah berfirman dalam surah al Isra ayat 23
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا
تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ
عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا
تَنْهَرْهُمَا
وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا
كَرِيمًا - 17:23
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembab melainkan kepadaNya semata, mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dai keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai keapda umur tua dalam jagaan dan pelihaaanmu, maka jangalah engkau berkata keapda mereka sekalipun perkata "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
Bagiamana nak atasi solusi ini bila berhadapan dengan orang tua yang banyak kerenah. Tentunya solusinya ada dalam Al Quran. Kebetulan masa tu mak cik belajar al Quran, jadi mak cik cuba mencari solusinya dalam Al Quran. Dan mak cik mula menulis untuk berkongsi pengalaman mak cik dan solusi mengatasinya, Mengikuti bengkel bersama Lutfi Lokman mengajar bagaimana untuk menulis. Tajuk buku mak cik "AKU TAK NAK JAGA MAK". Kenapa mak cik pilih tajuk tu. Sebab sekarang ramai kita lihat anak-anak tak nak jaga orang tu. Mereka lebih suka letak orang tua di pusat penjagaan dan lebih teruk lagi mereka tinggalkan mereka di stesen bas. Kenapa ye? Kerana tak tahan untuk melayan kerenah mereka.
Tapi dalam proses menulis buku ni, mak cik berhenti sekejap untuk menulis. Sebabnya? Sebab mak cik tak boleh 'WALK THE TALK'. Dalam buku mak cik menulis solusi, tapi mak cik sendiri tak dapat nak buat apa yang disarankan. Ujian bagi diri mak cik untuk walk the talk dengan apa yang mak cik tulis. Jadi tertangguhlah buku tu. Satu hari mak cik mengikuti kursus ayat-ayat Al Quran. Kebetulan duduk bersebelahan dengan seorang penulis buku 'Genius Dari Syurga', Puan Ainizal Abdul Latif. Kisah benar tentang Puan Aniza menangani anaknya sendiri yang autism.
Saya tanya pendapat beliau tentang masalah saya nak tulis buku saya. Beliau kata kalau hati kita berat, mungkin bukan masanya Allah nak kita terbitkan buku tu. Biar lambat terbit, biar kita rasa benar-benar yakin dengan apa yang kita tulis kerana apa yang kita tulis ni adalah untuk membantu orang lain. Dan kita perlu ada kekuatan. Sebab orang akan guna buku kita itu untuk menangai isu meraka. Kita perlu tahu walaupun isu atau masalah yang sama tapi tak semestinya solusi yang sama. Solusi berbeza-beza. Ada pembaca akan menempelak solusi kita tidak releven dengan isu yang mereka hadapai. Itulah yang Puan Aniza lalui bila ada pembaca yang menempelak beliau bahawa solusi dalam bukunya tidak releven. Jadi katanya bersabarlah. Insha Allah kalau niat kita nak membantu mesti akan sampai waktunya buku saya akan diterbitkan.
Berbalik tentang cerita menjadi ghostwriter kisahnya pula , satu hari Puan Nordiana Bachok ajak JV untuk tulis buku. Saya mengenali Puan Diana semasa program Amazing Goal Praying. Dia kata mak cik menulis dari hati. He he ye ke? Entahlah. Puan Nordiana ajak mak cik menyertai program Penulis Upahan ataupun Ghostwriter anjuran syarikat beliau SAF Media. Ini merupakan program pertama syarikat SAF. Mak cik ni kira 1st batch la. Jadi dari situ mak cik belajar potensi menjana pendapatan sebagai Ghostwriter. Puan Tengku Nurhusni penceramah program banyak beri tips bagaimana nak menulis dan menjana pendapatan. Beliau juga seorang ghostwriter yang banyak pengalaman.
Selepas menghadiri program, mak cik tak sangat fokus sebagai ghostwriter. Salah satunya tak boleh nak fokus kerana Queen mak cik nak kan perhatian. Macam-macam kerenah yang dilakukan untuk ambil perhatian. SAF Media ada menawarkan mak cik menulis artikel. Dapat juga mak cik job walaupun kecil. Mak cik tak promot sangat diri mak cik sebagai ghostwriter. Baru-baru ini mak cik berkenalan dengan En.Yusof atau dikenali dengan nama Tok Man seorang pak cik yang dah berumur di kelas tadabbur mak cik hadiri. Beliau menceritakan tentang minatnya untuk menulis buku tentang Nahu dan Irab Al Fatiha tapi tak pandai sangat menyusun ayat. Mak cik tawarkan diri. Tak bagi tahu pun mak cik ni ghostwriter. Niat nak bantu dan dan belajar tentang nahu dan irab. Sekurang-kurangnya bila buat buku tu dapat juga sedut ilmu nahu dan irab. Mak cik tak fikirkan pun tentang bayaran masa offer tentang nak bantu Tok. Tapi Tok kata nanti Tok bayar khidmat mak cik. Alhamdulillah. Mak cik tak kisah. Nak bayar boleh tak bayar pun tak apa.
Disitulah bermulanya mak cik fokus untuk menjadi ghostwriter. Mula kemas tempat mak cik menulis iaitu work station mak cik. Persekitaran juga penting untuk mood menulis, kata Puan Tengku Husni. Puaslah mak cik merombak lemari buku mak cik supaya ada ruang untuk menulis. Dan mak cik sekarang mula menulis blog untuk meletakkan status mak cik sebagai ghostwriter.
Antara khidmat ghostwriter yang mak cik tawarkan ialah
- Khidmat menulis dan menerbitkan buku sendiri bagi mereka yang tiada masa untuk menulis
- Kepakaran mak cik adalah menukar audio kepada teks
- Menghasilkan buku daripada tulisan pelanggan di facebook dan blog
Bagaimana ye mereka yang nak menerbitkan buku sendiri tapi tak ada masa unutk menulis. Insha Allah di entri akan datang mak cik akan cerita.
Proses mengemas rak


Comments
Post a Comment